XBACCmelaka

Ukhwahfillah@XBACCmelaka
 
HomePortalCalendarUsergroupsMemberlistRegisterLog inGallerySearchFAQ

Share | 
 

 BERITA PENGKEBUMIAN JENAZAH NURIN

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Number of posts : 696
Registration date : 2007-01-07

PostSubject: BERITA PENGKEBUMIAN JENAZAH NURIN   Sat 22 Sep 2007, 8:58 pm

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Hrkh) - Jenazah Nurin Jazlin Jazimin, 8, selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam, Taman Ibu Kota, Setapak dekat sini, kira-kira jam 2.50 petang tadi.


Kedua ibu bapanya Jazimin, 33 dan ibunya Norazian Bistaman, 35, serta adik beradik dan keluarga terdekat menyirami air mawar di atas kuburnya selepas selesai pembacaan talkin.
Walaupun cuaca panas terik, orang ramai yang berjumlah kira-kira 500 orang yang mengiringinya tidak berganjak dari kawasan perkuburan tersebut.

Malah pihak media sama ada elektronik dan cetak tidak ketinggalan membuat liputan.
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh, turut sama mengiringi Norazian yang berjubah dan bertudung hitam untuk memberi semangat dan mententeramnya.




Suasana pilu turut menyelubungi perkuburan apabila Jazimin yang berbaju Melayu merah jambu dan berkopiah putih memeluk isterinya agar menerima kematian anak mereka sebaik selesai pengkebumian.



Sementara itu sebelum dibawa ke tanah perkuburan jenazah Nurin disembahyangkan di Surau Darul Saadah, Seksyen 1, Wangsa Maju oleh kira-kira 500 orang termasuk saudara mara terdekat.
Sebelum itu jenazahnya diziarahi kira-kira seribu orang dan kemudiannya selepas solat Jumaat, jenazahnya disembahyangkan oleh kira-kira 1000 jemaah.
Salah seorang ibu saudara Nurin, berkata, satu Malaysia tahu mengenai tuduhan tersebut sedangkan keluarga terbabit tidak ada langsung berhutang dengan Along.Sementara itu, pagi tadi jenazah Nurin dituntut oleh keluarganya dari HospitaBiarpun sebelum ini, bapanya menafikan mayat itu adalah anaknya yang hilang diculik sejak 20 Ogos lalu setelah keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) membuktikan ia adalah Nurin.
Dalam pada itu, keluarga Nurin melahirkan rasa kesal di atas laporan TV3 malam tadi yang mengaitkan kematian Nurin dengan Along.l Kuala Lumpur.



"Kami tidak mahu buat apa-apa kepada TV3 tetapi mereka orang yang berijazah, ada master, ada PHD, sepatutnya fikirlah kesan dari apa yang disiarkan. Kami yang menanggung malu," katanya ketika ditemui di surau berkenaan.

Undang yang ada tidak menjamin keselamatan

Sudah sampai masanya kerajaan khususnya Perdana Menteri sendiri menilai semula kesesuaian undang-undang hari ini sama ada ianya sesuai atau tidak memandangkan keselamatan bukan sahaja orang dewasa bahkan kanak-kanak sudah tidak lagi terjamin.

Ustazah Nuridah Salleh yang ditemui di perkarangan Unit Forensik di Hospital Kuala Lumpur semalam berkata, ibu bapa pada hari ini takut dengan keadaan yang berlaku yang boleh dikatakan setiap hari berlaku pembunuhan yang mengerikan.

"Saya minta kerajaan secara rasional fikir balik dan jangan takut-takut untuk kembali kepada ajaran dan undang-undang yang ditetapkan oleh Allah kerana undang-undang ini adalah yang terbaik," katanya.

Beliau juga mengecam perbuatan manusia bertopengkan syaitan yang membunuh Nurin dengan kejam dan tragis.

"Orang yang seperti ini tidak harus diberi pembelaan lagi dan seharusnya dihukum keras oleh pihak kerajaan," katanya.

Setiausahanya, Aiman Athirah Al Jundi melahirkan perasaan marah atas perbuatan manusia gila tidak berhati perut menyiksa adik Nurin semata-mata untuk memuaskan nafsu serakahnya.

Katanya, orang yang menyiksa Nurin itu terlalu kejam sehingga membuatkan wajah kanak-kanak itu sukar dikenal pasti oleh kaum keluarga mereka.

"Ini bermakna Nurin memang menerima seksaan yang perit daripada si pembunuh, kerana wajahnya berubah sama sekali sehingga keluarga sukar mengenali anaknya," katanya.

Apabila berlaku seperti ini, kita berharap tindakan tegas daripada pihak kerajaan sebab persekitaran pada hari ini memang tidak selamat lagi buat kanak-kanak dan wanita.

"Inilah yang sebenarnya mengancam keselamatan negara serta zuriat-zuriat rakyat Malaysia,"tegasnya ketika ditemui.

Kerajaan dituntut laksana undang-undang Islam

Sementara itu dalam kenyataan yang berasingan Dewan Muslimat PAS Pusat mengingatkan kerajaan BN supaya segera melaksanakan undang-undang Islam memandangkan masalah jenayah terutama terhadap kanak-kanak bertambah kritikal.

Timbalan Ketuanya, Wan Hasrina Wan Hassan berkata, undang-undang Islam itu perlu dilaksanakan memandangkan negara sudah tidak selamat setelah 50 tahun merdeka jenayah semakin hari semakin meningkat.

Menurut beliau, setiap hari media elektronik dan akhbar perdana melaporkan tentang berita pembunuhan sehingga menimbulkan ketakutan dikalangan ibu bapa.

Bagaimananpun, katanya, kerajaan seolah-olah tidak bersungguh dalam menangani kes pembunuhan kejam atau penderaan seksual terhadap kanak-kanak.

Ini kerana tambah beliau, kehilangan Nurin sejak 20 Ogos tetapi Polis hanya menubuhkan pasukan khas pada 3 September dan mayatnya ditemui pada 17 September.

Beliau berkata, setelah mayatnya ditemui barulah Menteri Pembangunan Wanita, Dato' Shahrizat Abd Jalil membuat kenyataan untuk melaksanakan akta baru bagi menghukum penjenayah.

"Sekarang ini semua menteri sibuk membicarakan hal yang sama tetapi setelah beberapa bulan kes ini senyap begitu saja," katanya.

Wan Hasrina berkata, setakat ini tidak ada satu undang-undang ketat bagi memberi kesan kepada penjenayah dan mereka yang bersubahat supaya tidak mengulangi kes yang sama.

Katanya, apakah kerajaan mahu menunggu ramai lagi kanak-kanak perempuan menjadi mangsa penderaan seksual dan pembunuhan kejam.

"Kita boleh lihat bagaimana penderitaan yang ditanggung oleh Nurin daripada mula diculik sehingga akhir hayatnya melalui wajah mayatnya," kesal beliau.

Beliau mendesak pihak polis supaya bertindak cepat dan pantas bagi mengesan dan menangkap penjenayah yang tidak berperikemanusian itu.

Katanya, jika pihak Polis berjaya mengesan dengan cepat orang yang disyaki terlibat dalam rusuhan di Batu Buruk, Terengganu mengapa dalam kes pembunuhan Nurin tidak boleh dilakukan.

Tambah beliau, bukankah pihak Polis mempunyai satu unit yang hanya fokus dalam kes jenayah.

"Ibu bapa trauma dengan apa yang berlaku pada hari ini kerana setiap hari media melaporkan anak hilang. Polis perlu memberi perhatian terhadap kes kehilangan kanak-kanak," tegasnya.

Beliau berkata, Dewan Muslimat PAS Pusat akan membuat kunjungan takziah kepada keluarga Allahyarham dan meminta supaya ibu bapa Allahyarham bersabar serta tabah menghadapi ujian daripada Allah SWT. - mr
Back to top Go down
View user profile http://xbaccmlk.cinebb.com
nickng
Ahli Baru
Ahli Baru


Number of posts : 1
Registration date : 2007-10-08

PostSubject: Re: BERITA PENGKEBUMIAN JENAZAH NURIN   Mon 08 Oct 2007, 1:19 pm

Jom ke 'A Sports Arena' gelanggang FUTSAL terbaru & terbesar di KLEBANG MELAKA. Maklumat terlanjut- 016-4166099


Pls Forward- Thxs
Back to top Go down
View user profile
fenhard80
Forumer Ulung
Forumer Ulung


Number of posts : 231
Age : 36
Registration date : 2007-01-17

PostSubject: Re: BERITA PENGKEBUMIAN JENAZAH NURIN   Tue 09 Oct 2007, 11:05 pm

nickng wrote:
Jom ke 'A Sports Arena' gelanggang FUTSAL terbaru & terbesar di KLEBANG MELAKA. Maklumat terlanjut- 016-4166099


Pls Forward- Thxs

salam

org sedih ngan nurin bleh lak iklan futsal ni kuar... salah masuk bilik la ni wakaka kelakau kelakau

anyway, mmg sedih dengan apa yang terjadi ngan mangsa... lagi sayu kalau kita tgk gambar post mortem nya... betapa zalim dan takde perikemanusiaannya pemangsa....

al-fatihah untuk allahyarham...

farao
Back to top Go down
View user profile
junazwandanish
Forumer Ulung
Forumer Ulung


Number of posts : 136
Age : 37
Lokasi : Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Registration date : 2007-08-27

PostSubject: Re: BERITA PENGKEBUMIAN JENAZAH NURIN   Tue 23 Oct 2007, 5:51 pm

Hey, aku tak dpt pun email tu...
fenhard80 wrote:
nickng wrote:
Jom ke 'A Sports Arena' gelanggang FUTSAL terbaru & terbesar di KLEBANG MELAKA. Maklumat terlanjut- 016-4166099


Pls Forward- Thxs

salam

org sedih ngan nurin bleh lak iklan futsal ni kuar... salah masuk bilik la ni wakaka kelakau kelakau

anyway, mmg sedih dengan apa yang terjadi ngan mangsa... lagi sayu kalau kita tgk gambar post mortem nya... betapa zalim dan takde perikemanusiaannya pemangsa....

al-fatihah untuk allahyarham...

farao
Back to top Go down
View user profile http://www.wasiyyahshoppe.com
Sponsored content




PostSubject: Re: BERITA PENGKEBUMIAN JENAZAH NURIN   Today at 3:39 am

Back to top Go down
 
BERITA PENGKEBUMIAN JENAZAH NURIN
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kisah mistis jenazah Uje sangat mirip kisah syahidnya jenasah Amrozi cs.
» anjuran dan larangan dalam prosesi pengurusan jenazah
» Project Blue Beam, Sandiwara Buatan Kedatangan Yesus Kedua Kalinya
» Bagaimana Pandangan Sodara sekalian mengenai perlakuan kita yg Hidup terhadap yg sudah mati, seperti TAHLILAN 7 Hari, menghadiahkan aL-Fatihah, dan Amalan-Amalan ketika setelah Sholat Misal: Ingin mendapatkan Jodoh/memperoleh rezekiy/mendambakan anak shol
» Sarjana Seminari Masuk Islam

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
XBACCmelaka :: CAMBAH FIKIRAN :: COPY&PASTE-
Jump to: